Plot Final Fantasy VIII

Latar belakang

Sebuah peta yang menunjukkan lokasi-lokasi penting di dunia Final fantasy VIII

Hampir keseluruhan judul Final Fantasy VIII berlatarkan sebuah dunia fantasi yang tidak bernama dengan kewujudan sebuah bulan. Planet tersebut terdiri daripada lima jenis jisim utama, di mana Esthar, iaitu jisim terbesar, meliputi sebahagian besar di sebelah timur peta.[9] Galbadia, iaitu benua yang kedua terbesar, terletak di sebelah barat,[10] dan mempunyai banyak lokasi di dalam permainan ini. Jisim di sebelah paling utara ialah Trabia, sebuah kawasan Artik. Balamb pula yang terletak kira-kira di bahagian tengah peta dunia merupakan benua terkecil,[11] di mana para pemain bermula di kawasan di benua tersebut. Kedua-dua jisim yang lain adalah kecil dan seringkali bersifat tidak berpenghuni, dipenuhi dengan permukaan yang kasar dan berbatu akibat impak kejadian "Lunar Cry", di mana makhluk dan raksasa jatuh daripada bulan ke permukaan planet.[12] Jisim paling selatan termasuklah sebuah kepulauan yang terdiri daripada bahagian-bahagian tanah yang terpisah. Struktur-struktur pulau dan laut memenuhi bahagian-bahagian lain, dan beberapa lokasi di luar dunia memenuhi kawasan-kawasan lain yang boleh diakses para pemain

Sebagai sebahagian daripada tema yang diingini oleh pengarah Yoshinori Kitase untuk memberi judul ini sebuah persekitaran yang asing, bermacam-macam rekaan telah diberikan kepada lokasi-lokasinya menggunakan corak kawasan-kawasan terkenal antarabangsa, sambil mengekalkan sebuah atmosfera fantasi. Inspirasi yang telah menyumbang kepada ciptaan tema ini muncul daripada seni bina Mesir Purba dan Yunani Purba, sehinggalah kepada budaya idealistic Eropah akan masa hadapan.[13]

Watak-watak

Enam watak-watak yang boleh dikawal oleh para pemain dalam Final Fantasy VIII adalah Squall Leonhart, seorang lelaki yang gemar menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap tugas yang diberikan untuk mengelakkan sebarang kecacatan; Rinoa Heartilly, seorang wanita yang bersikap terbuka dan bercita-cita tinggi yang sentiasa mengikuti rentak hatinya; Quistis Trepe, seorang guru yang bersikap penyabar namun serius; Zell Dincht, seorang yang aktif dalam seni bela diri dengan minat yang besar terhadap hot dogs; Selphie Tilmitt, seorang gadis riang yang gemar akan muzik dan memandu airship Ragnarok; dan Irvine Kinneas, seorang penembak tepat dan seorang pakar dikalangan wanita. Watak-watak sampingan yang boleh dikawal termasuklah Laguna Loire, Kiros Seagill dan Ward Zabac, yang muncul dalam babak-babak imbasan kembali, di samping watak-watak antagonis seperti Seifer Almasy dan Edea Kramer.

Cerita

Kisah Final Fantasy VIII bermula semasa Squall sedang bertarung dengan Seifer dalam sesi latihan di luar sebuah akademi ketenteraan yang dikenali sebagai "Garden". Kedua-dua kadet mencalari satu sama lain dan pulang ke Garden untuk rawatan.[14]Sementara itu, rejim Galbadia mula menjajah kerajaan Dollet, memaksa Dollet untuk mendapatkan khidmat "SeeD" dari Balamb Garden—tentera upahan elit Garden—untuk bantuan. SeeD menggunakan misi tersebut sebagai peperiksaan amali bagi membolehkan kadet-kadetnya bergraduat,[15] dan dengan bantuan daripada pensyarahnya, Quistis, Squall lulus dalam kelayakan dan ditempatkan sekumpulan dengan Zell dan Seifer. Di Dollet, Seifer membiarkan kumpulannya separuh jalan, memaksa Selphie untuk menyertai Squall dan Zell. Selepas misi tamat, SeeD menghalang kemaraan Galbadia; Squall, Zell dan Selphie bergraduat sebagai anggota SeeD; dan Seifer pula dikenakan tindakan disiplin kerana bertindak tanpa mengikut arahan.[16]

Sebaik sahaja bergraduat, Squall bertemu dengan Rinoa, yang mempunyai sifat dan perilaku yang bertentangan dengan dirinya.[17] Bersama-sama dengan Zell dan Selphie untuk membantunya menentang Galbadia, Squall mendapat tahu mengenai seorang ahli sihir bernama Edea yang menjadi dalang kepada ketamakan Galbadia. Di bawah arahan dari Galbadia dan Balamb Garden, Squall dan rakan-rakannya—kini disertai oleh Rinoa, Quistis dan Irvine—membuat cubaan untuk membunuh Edea.[18] Walaupun berbekalkan dengan rancangan yang sempurna, kumpulan Squall dikalahkan dan dipenjarakan. Kumpulan Squall juga mendapat tahu bahawa Seifer meninggalkan Balamb Garden untuk menjadi orang atasan Edea.[19]

Pelajar Balamb Garden bertarung dengan askar Galbadia.

Selepas melarikan diri dari penjara, kumpulannya berpecah kepada dua unit, kedua-duanya dikawal oleh pemain dalam senario berasingan. Kumpulan Squall cuba menghentikan konflik dalaman di Balamb Garden yang dicetuskan oleh NORG,[20] penyokong kewangan SeeD, sementara skuad Selphie mengganggu serangan peluru berpandu Galbadia daripada menerang Balamb dan Trabia Garden. Pelancaran peluru berpandu memaksa Squall untuk menukar Balamb Garden kepada kubu bergerak bagi mengelak serangan, tetapi tidak dapat dikawal sehingga melanggar jeti Fisherman's Horizon.[21] Sementara Squall berunding dengan datuk bandar, Galbadia menyerang untuk mencari seorang gadis bernama "Ellone",[22] yang tinggal di dalam Garden sehinggalah baru-baru ini. Galbadia gagal mencari Ellone; dapat melarikan diri ke Esthar, kuasa besar teknologi di dalam permainan. Sepanjang permainan, Ellone membawa Squall dan sekutunya ke beberapa siri imbasan semula 17 tahun yang lalu.[23] Imbasan semula berkisar kepada Laguna dan dua sahabatnya, Kiros dan Ward. Semasa imbasan semula, Laguna berubah dari seorang tentera Galbadia kepada pelindung sebuah kampung kecil, dan kemudiannya menjadi pemimpin gerakan menentang Ahli Sihir Adel sehinggalah menjadi presiden Esthar.[24]

Sementara itu, Squall berdepan dengan konflik dalaman dirinya sepanjang permainan,[25] antaranya Pengetua Balamb Garden, Pengetua Cid melantiknya sebagai pemimpin baru SeeD,[26] dan rasa cintanya yang semakin kuat terhadap Rinoa. Semasa siasatan di runtuhan Trabia Garden, Squall dan teman-temannya mula mengetahui bahawa—kecuali Rinoa—mereka pernah dibesarkan bersama-sama Seifer dan Ellone di sebuah rumah anak yatim oleh Edea; mereka menghidapi amnesia kesan penggunaan Guardian Force.[27] Turut didedahkan bahawa Cid dan Edea menubuhkan Garden dan SeeD untuk mengalahkan ahli sihir jahat.[28] Selepas pendedahan tersebut, angkatan Balamb Garden dan askar Galbadia, masing-masing dipimpin oleh Squall dan Seifer, bertempur. Selepas Balamb menewaskan Galbadia, pemain mendapat tahu Edea sebenarnya diperalatkan oleh ahli sihir yang lebih hebat bernama "Ultimecia",[29] yang tinggal di masa hadapan dan berhajat mahu memampatkan masa kepada satu ketika; inilah sebabnya dia mahu menangkap Ellone.[30] Perlawanan penamat dengan Edea memaksa Ultimecia untuk memindahkan kuasanya kepada Rinoa, membolehkan Edea terus hidup, tetapi menyebabkan Rinoa koma. Squall mahu membangunkannya dan meminta bantuan Dr. Odine, saintis terkenal dari Esthar.[31]

Squall and Rinoa berpelukan selepas Squall membebaskannya di Esthar.

Sementara Rinoa sedang dirawat di stesen angkasa Esthar, Ultimecia mempergunakannya untuk membebaskan Ahli Sihir Adel dari tahanan. Ultimecia kemudian mengarahkan Seifer untuk mengaktifkan Lunatic Pandora, menyebabkan banyak raksasa dari bulan yang membawa turun alat tahanan Adel ke bumi.[32][33] Setelah memilih Adel sebagai perumah berikutnya, Ultimecia membiarkan Rinoa di angkasa lepas. Squall menyelamatkannya, dan mereka pulang ke bumi dengan sebuah kapal angkasa. Walau bagaimanapun, delegasi dari Esthar mengasingkan Rinoa kerana bimbangkan keupayaannya sebagai ahli sihir,[34] memaksa Squall untuk menyelamatkannya. Laguna meminta maaf atas insiden tersebut dan mengumumkan rancangan Dr. Odine untuk membiarkan Ultimecia merasuk Rinoa dan menggunakan kuasa Ellone untuk memampatkan masa, membolehkan kumpulan Squall untuk menentang Ultimecia pada zamannya.[35] Untuk melakukannya, kumpulan Squall memecah masuk Lunatic Pandora, mengalahkan Seifer dan Adel, dan menyebabkan Rinoa memperoleh kuasa ahli sihirnya.[36] Mampatan Masa diaktifkan, membolehkan Squall dan rakan-rakannya mengembara ke zaman Ultimecia untuk mengalahkannya.

Setelah Ultimecia dikalahkan, dunia mula kembali normal; walau bagaimanapun, Squall hampir tersesat dalam aliran masa semasa dia menyaksikan asal-usul kisah permainan ini. Semasa Ultimecia yang sedang nazak kembali ke masa lalu untuk memindahkan kuasanya kepada Edea, Squall memaklumkan kepada Edea mengenai konsep Garden dan SeeD yang bakal diciptanya.[37] Kemudian, dia kembali ke aliran masa di mana dia terperangkap sehinggalah dia akhirnya diselamatkan oleh Rinoa. Semasa penamat permainan, Squall mencium Rinoa semasa meraikan kejayaan SeeD.

Rujukan

WikiPedia: Final Fantasy VIII http://www.next-gen.biz/index.php?option=com_conte... http://www.empirearcadia.com/community/com-016.htm http://www.empirearcadia.com/home.html http://flaregamer.com/b2article.php?p=81&more=1 http://www.gamasutra.com/newswire/news/index199912... http://www.gamespot.com http://www.gamespot.com/ps/rpg/finalfantasy8/news.... http://www.gamespot.com/ps/rpg/finalfantasy8/news.... http://psx.ign.com/articles/070/070170p1.html http://psx.ign.com/articles/071/071008p1.html